Julung-julung kalinya Warga MSDian menganjurkan Program CSR lawatan ke rumah anak-anak yatim/asnaf. Objektif utama program ini dianjurkan adalah until mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim di antara MSDian dengan golongan yang memerlukan selain dapat juga meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat. Program ini dinamakan Jalinan Kasih sesuai dengan objektif dan matlamat program ini dianjurkan.

Program Jalinan Kasih kumpulan pertama, kami telah memilih untuk membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim dan asnaf Bait Al Hasanah, Kapar Klang di bawah pengurusan pihak Zakat Selangor. Berikut adalah maklumat lanjut Program Jalinan Kasih:

Tarikh: 24 Februari 2018 (Sabtu)

Masa : 8.00 page hingga 1 tengahari

Tempat: Bait Al-Hasanah, Klang

Jumlah anak-anak yang diraikan seramai 135 orang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti lari dalam plastik sambil gigit pinggan, lontaran kasih, belon kasih sayang, tiup tepung, Hole in One, bola pingpong dalam cawan, Rekacipta dan Musang berjanggut.

Selepas selesai aktiviti-aktiviti di atas, anak-anak diberikan soalan kuiz pengetahuan am dan rata-rata mereka sangat bijak dan cerdas menjawab soalan yang diberikan. Selesai semua aktiviti dan penyampaian hadiah, anak-anak di sini dijamukan dengan makanan daripada Kenny Rogers Roaster.

Maklumbalas yang diperolehi daripada pihak Bait Al-Hasanah adalah :

-Para pelajar sangat gembira dengan kehadiran penganjur

-Pelajar merasa seronok kerana menerima banyak hadiah/hamper, pemilihan pelajar terbaik, kuiz dan teka-teki

– Kepelbagaian aktiviti dijalankan mengikut tahap umur

– Rata-rata pelajar gembira dengan program yang dianjurkan dan berharap hubungan antara penganjur dan para pelajar tidak berakhir di sini.

 

Kami berharap program sebegini data diteruskan pada masa-masa akan datang.

 

Lagi-lagi gambar: https://photos.app.goo.gl/ztde2KZIhhRQFEpT2