Pada 30 November 2017, program Jom Derma Darah yang bertempat di bilik mesyuarat MSD ini adalah program hasil kerjasama pihak MSD dengan pihak Pusat Darah Negara (PDN) dan ia merupakan tahun ke-3 kempen ini dianjurkan sejak tahun 2015 lagi. Program yang bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir jam 4 petang itu telah disempurnakan dengan jayanya.

Objektif utama Kempen Jom Derma Darah ini diadakan adalah bertujuan untuk kita sama-sama membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah Hospital dan juga sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan oleh Pihak MSD kepada masyarakat umum disamping memupuk budaya menderma darah sambil beramal dalam kalangan warga MSD.

Pihak AJK MSDian ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian untuk hadir menjadi salah seorang penderma darah pada kali ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *